to all my dears , the best and most beautiful things in the world cannot be seen nor touched but are felt in the heart :D
Sunday, August 29, 2010
rindu zaman kanak-kanak
wahallo . :) erm , sangpenulis rasa sunyi sangat bulan puasa tahun nie sebab tahun nie tak macam tahun-tahun yang lalu . kalau tahun lalu , setiap malam time bulan ramadhan jea sangpenulis akan keluar rumah pukul 8 malam dan panggil semua kawan-kawan yang duduk kat sini keluar main . tak kira la apa pun yang kami main ianya tetap the best la . tapi sekarang nie semua dah tak macam dulu lagi dahh . :(
hati rasa sedih sangat bila sangpenulis tengok kanak-kanak riang main aci nyorok la , aci duduk la , aci kejar la , galah panjang la , teget selipar la . semua ada . seronok betul tengok diaorang main . rasa macam nak join jea . tapi bila fikir-fikir balik . takpe lah . tak jadi nak join sebab kawan-kawan yang satu kepala dengan sangpenulis bukan ada dah . fahmirul dengan ami dah pindah . aidil dengan amirul pun dah pindah jugak . angah pulak ntah hilang ke mana . tinggal anep jea . kami dah jarang bertegur and dia pun asyik spent time dengan kanak-kanak lain jea . so sad lahh . :(
malam tadi time sangpenulis duduk lepak-lepak kat luar rumah , sangpenulis tengok jea kanak-kanak kat area sini main aci nyorok . best betul . lari-lari , nyorok dalam rumah lahh , nyorok belakang rumah lahh , nyorok dalam longkang lahh , nyorok dalam semak lahh sebijik macam kami semua dulu . terbayang-bayang kenangan kami masa dulu .ishh rasa nak nangis lahh pulak . :) ingat lagi , dulu kalau sangpenulis nak nyorok jea sangpenulis takkan nyorok sorang-sorang . sangpenulis mesti nyorok dengan angah and kalau ada apa-apa hal jadi confirm sangpenulis yang akan lari dulu selamatkan diri sendiri . ahah . :) tapi tu semua tinggal kenangan jea buat sangpenulis .
yang paling sedih sekali , bulan puasa tahun nie sangpenulis langsung tak dapat jumpa angah . angah tu salah seorang bestfriend sangpenulis . tiap-tiap tahun ada jea aktiviti dengan dia tu . tapi tahun nie langsung tak dapat jumpa or cakap dengan dia . " ohh angah . ang kat mane ? aku harap sangat ang call aku . jangan kata ang takde nombor aku .aku tak tukar nombor pun . call aku ekk " . :( erhh . cukup-cukup lahh sedihnya . kalau sedih banyak mana pun dorang semua takkan balik sini dahh . tabahkan hati jea lahh ekk . daa . :(
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment