huahh . [ menguap ] hari nie sangpenulis bangun lambat sikit dalam pukul 2 petang . eheh . first day cuti panjang la katakan . excited sikit . :) erm . agak boring hari nie . apa yang sangpenulis boleh buat hari nie ekk ? nak mandi malas lahh pulak , nak cas nset pun malas jugak , nak makan minum of course lahh tak boleh kan bulan puasa nie . huhh . rumah pun sunyi jea nie . aneh . mana semua orang pergi ? arghh lantaklah . tau keluar tau lahh balik . :) then teringat pulak pengumuman abang sangpenulis semalam yang berbunyi seperti ini .
abang : sha . esok ada cerita ayat-ayat cinta pukul 2 petang .
sangpenulis : iye ? bukan ada hindustan ke esok ?
abang : mana ada . ayat-ayat cinta lahh . tak caye tengok esok .
sangpenulis : iye lahh .
tengok jam dah pukul 2:05 petang . huhh . dah lambat . cepat-cepat ambil bantal and terus on tv . fuhh selamat baru introduction . cepat-cepat baring and kuatkan volume tv tu . mula-mula rasa malas nak tengok tapi bila terkenangkan ramai orang cakap cerita tu best . so sangpenulis pun ambil keputusan nak try tengok juga lahh . nie sangpenulis bagi sinopsis sikit lahh ekk untuk cerita ayat-ayat cinta nie .cerita nie terdiri dari tiga orang pelakon hebat iaitu Zaskia Adya Mecca , Carissa Puteri , Fedi Nuril dan Rianti Cartwright .
Keikhlasan hati Fahri, mendorong dia dan Maria membantu Noura, seorang gadis yang sering didera oleh bapa tirinya, Bahadur. Suatu hari, Fahri telah membantu seorang gadis berpurdah yang menjadi mangsa amukan warga Mesir kerana memberi tempat duduk kepada dua warga Amerika yang hampir pitam kerana kepanasan dalam gerabak keretapi.
Fahri kagum dengan keberanian gadis berpurdah itu. Sempat berbual dan sebelum berpisah gadis itu memperkenalkan dirinya dalam bahasa Jerman ‘mein name ist Aisha’. Suatu hari, Syaikh Ustman, guru tallaqinya bertanya sama ada dia mahu berkahwin atau tidak. Fahri bingung lalu solat istikharah. Bertemu secara taaruf, akhirnya Fahri mengakui jodohnya bersama gadis itu. Dia ialah Aisha.
Namun, perkahwinan dengan Aisha umpama derita terhadap tiga lagi gadis yang menyintainya dalam diam. Tidak cukup dengan itu, Fahri menerima dua dugaan yang paling besar dalam hidupnya.
sang penulis tengok tadi tau . hiskhisk . :( then , tengah feeling-feeling tengok cerita nie tiba-tiba jea guruh berdentum and hujan pun turun dengan lebatnya . fuhh . kurus semangat . sambung balik tengok cerita tu lepastu terdengar pulak bunyi kereta and motor serentak hon kat luar rumah . sangpenulis ingat orang lalu lalang so just ignore it . then bunyi nset pulak . arghh . banyaknya dugaan . nasib baik tengah iklan . so terus lari ambil nset mama atas meja memandangkan nset sangpenulis nie habis bateri .
then , tengok nombor ayah yang call . sangpenulis terus jawab . ayah cakap . " sha . bukak gate cepat . hujan lebat nie tak boleh nak turun kereta . cepat sikit . abang dah basah kuyup atas motor tu " . sangpenulis pun dengan segera berlari keluar and bukak gate seluas yang mungkin . lepastu , kelam kabut lari balik masuk rumah and that's the score . tepat-tepat cerita tu start . ahah . :)
then tepat pukul 5 cerita tu habis . menangis-menangis sangpenulis tengok time ending tu . wahh . menyentuh jiwa betul lahh . tak nyesal sangpenulis tengok tadi . fuhh . cerita ayat-ayat cinta nie memberi 1001 makna kepada sangpenulis and telah menghilangkan bosan sabtu sangpenulis hari nie . ahah . ayat-ayat cinta the best lahh . :) daa . :)
No comments:
Post a Comment